BESUT, Sabtu – Hari mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Terengganu menjadi titik penentu adakah PAS akan kembali mentadbir negeri yang penuh dengan peradaban Islam Melayu ini.
Sehubungan itu, hadir menyerikan suasana mengundi di DUN Jertih, Besut ini adalah tokoh figura terbesar parti Islam dan Calon PAS di Rhu Rendang pada pilihan raya kali ini iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahmad Samsuri antara calon terawal hadir bagi menjalankan proses pembuangan undi di tapak kelahirannya iaitu DUN Jertih yang melibatkan Pusat Mengundi di SMK Seri Nering, Jertih, Besut, Terengganu hari ini.
“Alhamdulillah saya dapat undi dengan lebih awal, pada hari ini berbanding dengan tahun yang sebelum ini, saya antara pengundi awal lah, yang pertama dapat, mengundi pada hari ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan prosesnya semua lancar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak pernah melupakan asal usul tempat kelahirannya sehingga mengekalkan DUN Jertih sebagai tapak membuang undi.
“Kerana ini tempat kelahiran saya, saya lahir di sini, bersekolah di sini dan sekolah rendah, itulah sebabny masih lagi mengekalkan alamat sini lah sebagai tempat mengundi, yang akan datang ini belum lagilah,” tambah beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Pertiwi, setelah menjalankan proses mengundi di Pusat Mengundi, SMK Seri Nering, Jertih, Besut Terengganu hari ini.
Ketika ditanya mengenai keyakinan beliau dalam memenangi pertandingan PRN pada kali ini beliau turut menzahirkan rasa optimis lantas senyum sambil mengucap lafaz insya Allah.
Ujarnya, gelombang rakyat terhadap PAS pada baru-baru ini telah menjadi satu testimoni buat partinya dalam kekal memerintah di Terengganu.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada seluruh pengundi untuk hadir menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lebih awal bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku.
“Saranan saya adalah keluar mengundi dengan lebih awal kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di waktu, petang mungkin hujan mungkin ribut atau pelbagai perkara lah. Jadi kita selesaikan tanggungjawab, kita dalam negeri demokrasi ini dan, insya-Allah boleh teruskan buat kerja masing-masing dengan pembuangan undi.
Sebelum ini, Ahmad Samsuri ditentang calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Suhaimi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang menjadikan pertanding PRU DUN-15 kali adalah satu lawan satu.