PUTRAJAYA, Sabtu – PAS berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi di Terengganu dan menawan 23 daripada 45 kerusi di Kelantan, sekaligus berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus di kedua-dua negeri pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Pejabat SPR, Putrajaya sebentar tadi.
Di Terengganu, keputusan rasmi SPR menunjukkan Menteri Besar Terengganu, Dr AHmad Samsuri Mokhtar mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Pasir Pekan, dengan memperoleh 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang mendapat 5,972 undi.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pula memperoleh 18,700 undi dengan majoriti 10,686 sekaligus mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang hanya memperoleh 8,014 undi.