PUTRAJAYA, Sabtu – Tiada parti berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Negeri Sembilan, manakala Pakatan Harapan (PH) menguasai Selangor dengan meraih 32 daripada 56 kerusi.
Di Negeri Sembilan, sebanyak 17 daripada 36 kerusi dimenangi oleh PH, 14 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) dan 5 kerusi oleh Perikatan Nasional (PN).
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Pejabat SPR, Putrajaya semasa sidang media sebentar tadi.
“Sehingga 11 malam, keputusan PH ialah 17 kerusi, BN memperoleh 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dapat lima kerusi,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kerusinya di DUN N.16 Sungai Tua dengan mengutip 19,678 kerusi sekaligus mengalahkan dua calon lain, Hanif Jamaluddin (PN) dan Suman Gopal (BEBAS).