BANGI, Ahad – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua pagi ini.
Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Mengangkat sumpah itu akan berlangsung di Seri Mutiara di Jalan Utama di Georgetown.
Kon Yeow akan mengetuai Kerajaan Negeri Perpaduan setelah parti gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15.
Pada 5 Ogos lalu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan wujud komplot menjatuhkan Kon Yeow daripada mentadbir Pulau Pinang sepanjang penggal depan sekiranya menang dalam pilihan raya kali ini
Jelas beliau, pendirian DAP tegas dan terbuka bahawa Kon Yeow yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri akan kekal sepanjang penggal depan.