BANGI, Isnin – Dua nama bakal dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bagi jawatan Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, dan bakal mengangkat sumpah pada Selasa jam 3:00 petang esok.
Dua nama bakal dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke lima, bagi jawatan Menteri Besar Kelantan dan timbalannya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan Menteri Besar Kelantan yang baharu dan timbalannya itu adalah mereka yang tidak membabitkan gabungan sedia ada dan tidak berusia 50-an.
Katanya Menteri Besar adalah individu berpengalaman dan semestinya dipilih daripada salah seorang EXCO sebelum ini.
“Ia kuasa mutlak Tuanku Sultan yang tidak perlu nasihat daripada mana-mana pihak jadi apa kami buat, ialah dapatkan nama untuk Tuanku lantik sesuai. Dijangka majlis mengangkat sumpah esok -”
Media difahamkan di antara calon yang layak mengisi jawatan itu ialah Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan dan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ADUN Meranti.
Masing-masing berusia 55, 58 dan 68 tahun.
Semalam, Menteri Besar interim, Datuk Ahmad Yaakob berkata Menteri besar baharu akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar Kota Bharu pada Selasa jam 3:00 petang.