BANGI, Ahad – UMNO hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) semalam.
Jumlah itu menunjukkan UMNO bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat walaupun selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau berkata, UMNO perlu berubah sekiranya tidak mahu parti itu terus terkubur dalam arena politik Malaysia.
Jelas Akmal, kekalahan UMNO lebih banyak menjadi buah mulut pengundi berbanding kemenangan parti lain, sekali gus menunjukkan masih ramai penyokong berharap perubahan dalam parti itu.
Tambahnya, para pimpinan UMNO perlu bertindak segera dan membawa perubahan dalam gerak kerja parti untuk memperoleh semula kepercayaan rakyat.
Pada pilihan raya di enam negeri semalam, Perikatan nasional (PN) berjaya memenangi 146 kerusi, diikuti PH (80 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) dengan 19 kerusi.