BANGI, Isnin – UMNO perlu sedar bahawa kekalahan teruknya pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke -15 (PRU DUN KE 15) adalah satu tamparan yang hebat kepada parti dan ahli pimpinan tertinggi untuk menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan tindakan untuk menolak Timbalan Perdana Menteri itu daripada parti tersebut sebagai kesedaran yang terlewat.
Tun Faisal yang juga Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya berkata, beliau sudah lama menyedari faktor kekalahan teruk parti itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 disebabkan rakyat serta ahli akar umbi menolak Zahid sebagai pemimpin.
“Ini benda kesedaran yang terlewat lah. Kesedaran yang tertangguh. Sebenarnya kalau ikutkan kepada Perikatan Nasional (PN), lebih baik kalau Zahid ada di situ. Maksudnya rakyat akan tolak lebih teruk lagi kan.
Tapi nak kekal pun tak apa, tiada masalah. Tapi dari segi ahli-ahli UMNO, memang daripada dulu lagi waktu saya masih ahli UMNO, saya dah bagitau sebenarnya faktor PRU-15, rakyat tolak Zahid. Itu faktor yang paling utama.
“Dan apabila Pakatan Harapan (PH) bawa pula Zahid masuk dalam kerajaan, sebenarnya mereka pun terpaksa menanggung beban. Mereka juga kena tempias. Jadi kalau tengok prestasi mereka juga makin teruk. Sebab, ramai juga yang mengundi Pakatan Harapan ini sebenarnya tidak suka pada Zahid,” katanya.
Dalam pada itu, Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh dalam satu hantaran ringkas di Facebook berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN perlu meletakkan jawatannya.
Katanya, UMNO kalah teruk di pilihan raya negeri semalam, dan tumbang 100 peratus di negeri Terengganu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga menulis di laman Facebook beliau bahawa parti berkenaan memerlukan naratif baharu bagi menarik perhatian pengundi dan tidak meletakkan calon yang kalah serta berusia 45 tahun ke atas dalam pilihan raya akan datang.
Dalam perkembangan lain, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pula menggesa pimpinan parti itu mengambil tindakan segera untuk mengembalikan semula kepercayaan pengundi.
Barisan Nasional mencatatkan persembahan merudum , 17.5 peratus pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri semalam, apabila hanya berjaya mencapai kemenangan hanya 19 daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.
Di Kedah, daripada 15 kerusi dipertandingkan UMNO gagal mendapat sebarang kerusi.
Manakala di negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu menyaksikan masing-masing, BN mendapat hanya satu kerusi daripada 30 kerusi ditandngi serta tiada kemenangan di Terengganu.
Manakala di Selangor hanya dua daripada 12 pencalonan.
Nasib di Negeri Sembilan, BN mencatat kecemerlangan dengan menang 14 kerusi dan kalah 3 kerusi.
Manakala di Pulau pinang, jumlahkerusi kalah ialah 4 dan 2 lagi mencatat kemenangan.
Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 146 kerusi, diikuti PH (80 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) dengan hanya 19 kerusi.