Visi

Menjadi stesen WebTV pilihan dan terunggul, menyiarkan kandungan berkonsepkan kebenaran dan keadilan.

Misi

Penyediaan kandungan pelbagai bentuk berlandaskan nilai kebenaran dan keadilan.

Menyalurkan kandungan tersebut di pelbagai platform menggunakan teknologi penyiaran dan digital terkini.

Pengurusan korporat yang profesional, berintegriti, inovatif dan kreatif yang menyumbang kepada kejayaan dan kelestarian syarikat.

Dari Minda Pengerusi

TV Pertiwi memulakan langkahnya dengan impian dan harapan untuk mengungguli dunia penyiaran dengan membawa mesej yang benar dan adil dalam semua kandungannya serta menggunakan pendekatan penyiaran yang kompetitif dan kecanggihan teknologi. Bersesuaian dengan visi kami untuk menjadi stesen webTV pilihan dan terunggul yang menyiarkan kandungan berkonsepkan kebenaran & keadilan, kami akan mengupas isu-isu semasa serta merakamkan dokumentari berkaitan kesatuan Islam dan Melayu. TV Pertiwi yakin dan komited menyiarkan kandungan yang inovatif dan kreatif, mendukung nilai dan peradaban bangsa dan negara Malaysia tercinta, seterusnya berjaya memenuhi citarasa pelbagai segmen penonton. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala dan dipermudahkan-Nya sentiasa.

 

Dr. Norzila binti Baharin
Pengerusi TV Pertiwi

0