KUALA LUMPUR, Selasa – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika kesemua parti gagal mencari kata sepakat membentuk kerajaan.
Beliau berkata, ini menerusi kuasa yang ada pada baginda mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan sehingga keadaan boleh menubuhkan kerajaan.
“Sekiranya tiada gabungan parti mendapat majoriti 112 kerusi, maka kuasa itu kembali kepada Yang di-Pertuan Agong, hanya baginda yang boleh menentukan caranya.” – Tengku Razaleigh Hamzah / Veteran UMNO
Menurut Ku Li, tempoh darurat itu jika diisytiharkan kelak, bergantung kepada keupayaan semua parti mendapat kesepakatan membentuk kerajaan.
Katanya lagi, kerajaan akan tergantung lebih lama atau mungkin lebih teruk lagi jika ia masih dibiarkan.
ENDS/